Sunday, September 27, 2009

JEMPUTAN 'OPEN HOUSE' AIDIL FITRI MASJID AL-MUHSININ

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Al-Muhsinin akan mengadakan "Open House" sempena Sambuatn Aidul Fitri pada hari Sabtu 10 Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430H bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 ptg.

Program ini adalah anjuran bersama Masjid Al-Muhsinin dan NGO-NGO islam seperti Koperasi Muslimin (M) Bhd, Yayasan Muslimin, Persatuan Ulama' Malaysia dan Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).

Sehubungan dengan itu, muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir. Pihak masjid juga berbesar hati menjemput rakan-rakan dari kalangan bukan Islam untuk bersama memeriahkan Majlis.

Sekian, terima kasih.